Huawei, Serba Dinamik kerjasama bangun penyelesaian digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Timbalan Presiden Kumpulan Bisnes A.I dan Cloud Huawei Malaysia, Lim Chee Siong (dua dari kanan), dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Serba Dinamik, Datuk Dr Mohamad Abdul Karim Abdullah (dua dari kiri), menunjukkan dokumen perjanjian perjanjian pada majlis menandatangani MoU di Kuala Lumpur. Turut hadir, Pengerusi Serba Dinamik, Datuk Abdul Kadier Sahib (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Michael Yuanming. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Timbalan Presiden Kumpulan Bisnes A.I dan Cloud Huawei Malaysia, Lim Chee Siong (dua dari kanan), dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Serba Dinamik, Datuk Dr Mohamad Abdul Karim Abdullah (dua dari kiri), menunjukkan dokumen perjanjian perjanjian pada majlis menandatangani MoU di Kuala Lumpur. Turut hadir, Pengerusi Serba Dinamik, Datuk Abdul Kadier Sahib (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Michael Yuanming. – NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd menjalinkan kerjasama dengan Serba Dinamik Group Bhd bagi meneroka dan membangunkan penyelesaian digital inovasi serta bersama-sama memajukan industri digital dan kampus pintar di Malaysia.

Pembangunan industri digital itu termasuk platform digital untuk pendidikan, ekosistem hidu pintar dan automasi untuk pengeluaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Technologies (Malaysia), Michael Yuan, berkata Huawei adalah salah satu daripada peserta industri yang mampu menyediakan penyelesaian akhir ICT secara menyeluruh, yang menjadi komponen penting dalam mewujudkan kampus pintar.

Katanya, penyelesaian itu termasuk kombinasi terkini pengkomputeran awan, teknologi internet kebendaan (IoT), analisis data raya dan kecerdasan buatan (AI).

“Penyelesaian awan dan AI kami akan menyediakan platform yang mudah digunakan dan asas teknologi yang kukuh untuk Serba Dinamik dan Huawei bagi bersama-sama membangunkan penyelesaian digital.

“Visi dan misi Huawei ialah untuk membawakan digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi untuk dunia yang serba terhubung dan pintar.

“Kami percaya menerusi kerjasama ini, kami akan mampu untuk memacu kesalinghubungan dan membawakan penyelesaian awan dan AI kepada setiap sudut di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara kedua-dua syarikat itu di sini, hari ini.

Serba Dinamik diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah. Yang turut hadir Naib Presiden Pembangunan Pelaburan, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Hew Wee Choong.

Mengulas mengenai kerjasama itu Abdul Karim berkata, pihaknya teruja dengan perkongsian itu yang mana gabungan kepakaran dan teknikaliti di antara kedua-dua pihak akan menyediakan asas kukuh buat Serba Dinamik untuk menjadi hab inovasi AI.

“Ini juga adalah waktu yang mengujakan buat Serba Dinamik memandangkan kami meneruskan pelan pengembangan antarabangsa kami.

“Kami akan terus meningkatkan syer pasaran syarikat menerusi kontrak baharu serta kontrak sedia ada di kedua-dua peringkat tempatan dan antarabangsa di sebalik ketidaktentuan pasaran,” katanya.


Source: Berita Harian Online

Issued Date: 25th Sep 2020

Link: https://www.bharian.com.my/bisnes/teknologi/2020/09/735055/huawei-serba-dinamik-kerjasama-bangun-penyelesaian-digital